Jumaat, 29 Disember 2017 | 7:10am

12 maut dalam kebakaran di India

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala 13 lagi cedera dalam kebakaran sebuah gedung bertingkat di ibu kota India di sini, kata seorang pegawai hospital hari ini.

Pegawai Hospital KEM Mumbai berkata, tiga daripadanya parah.

Kejadian berlaku pada awal pagi tadi di sebuah bangunan komersial di Kawasan Kamala Mills di Tengah Mumbai, lapor media tempatan.

Kebakaran yang bermula di tingkat teratas itu merebak pantas ke seluruh struktur bangunan, menurut laporan.

Kamala Mills ialah sebuah kompleks perindustrian lama yang diperbaharui, yang kini menempatkan sejumlah restoran mewah dan bangunan komersial lain. - Reuters

Berita Harian X