Selasa, 6 Februari 2018 | 9:12am
KEADAAN di dalam sekolah latihan sarkas.
KEADAAN di dalam sekolah latihan sarkas.

7 didakwa kes penderaan seksual di sekolah sarkas

SYDNEY : Tujuh orang termasuk empat wanita didakwa di mahkamah Australia hari ini atas tuduhan melakukan penderaan seksual dan fizikal ke atas kanak-kanak lelaki di sebuah sekolah latihan sarkas.

Menurut polis, penderaan itu mencakupi pornografi kanak-kanak membabitkan mangsa berusia lapan tahun antara 2014 dan 2016 di Katoomba, utara Sydney

Polis New South Wales dalam satu kenyataan berkata, kesemua tertuduh terdiri daripada empat wanita, dua lelaki dan seorang remaja perempuan didakwa dengan 127 pertuduhan berkaitan penderaan seksual serta fizikal ke atas kanak-kanak lelaki.

"Semua detektif pada Julai tahun lalu telah diarahkan untuk menyiasat kes penderaan seksual dan fizikal ke atas tiga kanak-kanak lelaki, membabitkan individu dikenali mangsa," kata kenyataan itu.

Antara yang didakwa adalah seorang wanita berusia 58 tahun yang juga pengasas sekolah berkenaan dan berdepan 43 pertuduhan termasuk mengadakan hubungan seks bersama kanak-kanak lelaki berusia di bawah 14 tahun, penculikan serta serangan seksual.

Seorang remaha berusia 17 tahun pula didakwa menerbitkan bahan pornografi kanak-kanak dan melakukan serangan seksual manakala seorang pemuda berusia 18 tahun didakwa melakukan penculikan serta menerbitkan bahan pornografi kanak-kanak.

Kesemua tertuduh tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan dijangka dihadapkan ke mahkamah lewat hari ini. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X