Ahad, 8 April 2018 | 12:32pm
ANTARA barangan peribadi milik Russel Crowe yang dilelong di 'Russell Crowe: The Art of Divorce' di Sydney, Australia. - Foto EPA-EFE
REPLIKA kereta kuda Rom dari filem Gladiator. - Foto EPA-EFE

'Lelongan perceraian' Crowe raih AS$2.8 juta

SYDNEY: 'Lelongan perceraian' luar biasa aktor Hollywood, Russell Crowe termasuk barangan peribadi dan memorabilia dari filem Gladiator dan Cinderella Man berjaya meraih jutaan dolar.

Lelongan kendalian The Sotheby, Sydney berjudul 'Russell Crowe: The Art of Divorce' yang mengenengahkan lebih 200 barangan itu meraih AS$2.8 juta (RM10.8 juta).

Ia termasuk barangan kemas yang dihadiahkan kepada bekas isteri, aktres Danielle Spencer.

"Kadar sejam yang cukup memuaskan untuk syif 5 jam," tweet aktor kelahiran Australia itu selesai lelongan yang berlangsung pada hari jadinya yang ke-54.

Ketua Pegawai Eksekutif Sotheby Australia, Gary Singer berkata lelongan itu sangat berjaya, menyaksikan memorabilia dari filem yang meraih Oscar, Gladiator sebagai barangan paling popular.

"Orang ramai seperti hilang akal. Ia seolah kegilaan terhadap Crowe," katanya kepada stesen televisyen Channel Seven hari ini.

Antara barangan yang paling hangat dilelong adalah replika kereta kuda Rom dari filem Gladiator yang berfungsi sepenuhnya, mencecah sehingga AS$49,876 (RM193,000) berbanding jangkaan awal AS$7,700 (RM29,800). - AFP

Berita Harian X