Isnin, 14 Mei 2018 | 6:24pm

Pesawat mendarat cemas tingkap kokpit pecah

BEIJING : Sebuah pesawat membawa 128 orang membuat pendaratan cemas di barat daya China hari ini selepas tingkap pada bahagian kokpit pecah dan mencederakan pembantu juruterbang serta seorang kru.

Menurut pihak berkuasa, pesawat Airbus A318 milik syarikat penerbangan Sichuan Airlines itu sedang dalam penerbangan ke Lhasa di Tibet dari bandar Chongqing apabila kejadian berkenaan berlaku, menyebabkan ia terpaksa mengubah haluan ke bandar Chengdu di wilayah Sichuan.

Pengurusan Penerbangan Awam China dalam satu kenyataan berkata, Sebahagian daripada tingkap kokpit itu pecah ketika pesawat terbabit melepasi Chengdu.

"Pembantu juruterbang itu mengalami kecederaan di bahagian mula manakala kru itu cedera ringan ketika pesawat mula mendarat," kata kenyataan berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Akhbar dalam talian People's Daily turut menyiarkan rakaman video memaparkan topeng oksigen terkeluar dari ruang penyimpanan dan kru kapal membantu penumpang untuk keluar dari pesawat.

Terdapat 119 penumpang dan sembilan kru kapal sepanjang penerbangan itu. - AFP

Berita Harian X