Selasa, 15 Mei 2018 | 8:04am
BEKAS Timbalan Duta Korea Utara ke Britain, Thae Yong-ho. - Foto AFP

Pyongyang tidak akan lucut sepenuhnya senjata nuklear

SEOUL: Korea Utara tidak akan melucutkan sepenuhnya senjata nuklear, kata seorang pembelot atasan sebelum sidang kemuncak bersejarah pemimpinnya Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, bulan depan.

Bekas Timbalan Duta Korea Utara ke Britain, Thae Yong-ho yang lari dari jawatannya pada Ogos 2016 berkata, diplomasi dan rundingan pantas ketika ini tidak akan berakhir dengan 'pelucutan senjata ikhlas dan lengkap' namun dengan 'ancaman nuklear berkurangan daripada Pyongyang.'

"Pada akhirnya, Korea Utara akan kekal sebagai kuasa nuklear yang terhasil sebagai negara bukan kuasa nuklear," kata Yong-ho kepada agensi berita Korea Selatan, Newsis.

Kenyataannya dibuat sebelum sidang kemuncak keduanya di Singapura 12 Jun ini, yang mana program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara menguasai agenda perbincangan.

Korea Utara dan Selatan mengesahkan komitmen mereka terhadap matlamat gencatan senjata di semenanjung itu dalam satu sidang kemuncak bulan lalu dengan Pyongyang mengumumkan hujung minggu lalu, ia akan memusnahkan satu-satunya tapak ujian nuklear miliknya minggu depan.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengalu-alukan pengumuman itu semalam, menyifatkan ia langkah awal dalam gencatan senjata nuklear lengkap Korea Utara.

Namun Korea Utara tidak mendedahkan apa yang ditawarkan konsesi itu, dan akhbar harian JoongAng Ilbo mengakui ia hanya menjemput media menyaksikan operasi di tapak Punggye-ri.

"Agak mengecewakan Korea Utara tidak menjemput pakar nuklear ketika pemusnahan tapak ujian. Jika Korea Utara benar-benar memutuskan untuk menghapuskan senjata nuklear, ia tiada alasan untuk tidak menjemput mereka (pakar)," kata tulisan dalam ruangan editorial akhbar.

Namun pengesahan dianggap kunci utama.

"Korea Utara akan memberi alasan, proses gencatan senjata nuklear akan menjurus kepada runtuhnya Korea Utara dan menolak CVID (gencatan senjata penuh, disahkan dan tidak boleh diubah)," kata Yong-ho. -AFP

Berita Harian X