Selasa, 15 Mei 2018 | 9:20pm
MENTERI Keselamatan, Dragan Mektic. - Foto Reuters
MENTERI Keselamatan, Dragan Mektic. - Foto Reuters

Bosnia berdepan masalah ketibaan ribuan pendatang

SARAJEVO/BIHAC: Bosnia dilaporkan bertungkus lumus membendung ketibaan ribuan pelarian dan pendatang, yang menjadikan taman di sekitar ibu kota dan bandar lain sebagai tempat tidur sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah Barat.

Menteri Keselamatan, Dragan Mektic, berkata pusat perlindungan bagi pemohon suaka di negara itu hanya mempunyai 200 katil, namun antara 80 hingga 150 pelarian tiba di negara ini, setiap bulan.

Kira-kira 4,000 orang dari Syria, Iraq, Turki, Algeria dan Afghanistan memasuki Bosnia tahun ini berbanding 755 orang pada 2017 dan kini meningkat kepada 1,500 orang.

Sebahagian besar daripada mereka tiba di Bosnia selepas menempuh pelbagai rintangan.

"Saya dihantar balik ke Croatia sebanyak enam kali. Saya mesti pergi ke Jerman kerana semua keluarga saya berada di sana," kata Omar dari Iraq yang tiba di Bosnia dengan adik lelakinya selepas menghabiskan masa dua tahun di Greece.

Remaja berusia 19 tahun itu yang tinggal dalam bangunan lama kosong di Bihac berhampiran sempadan Crotia.

Lebih sejuta pendatang tiba ke Eropah pada 2015. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X