Sabtu, 18 Ogos 2018 | 12:40am

Gempa bumi 6.6 magnitud gegarkan Indonesia

LONDON: Gempa bumi luar pesisir kuat 6.6 magnitud menggegarkan negara kepulauan Indonesia, lewat semalam, kata Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pusat gempa bumi itu terletak 153 kilometer di timur laut Raba pada kedalaman 564.7 kilometer, katanya. Mujur, tiada laporan amaran tsunami dikeluarkan. - Reuters

Berita Harian X