Selasa, 21 Ogos 2018 | 7:28pm
LEBIH satu juta penduduk kini ditempatkan di kem perlindungan sementara, susulan banjir akibat musim monsun. - Foto REUTERS
LEBIH satu juta penduduk kini ditempatkan di kem perlindungan sementara, susulan banjir akibat musim monsun. - Foto REUTERS

Lebih 1 juta berlindung di kem sementara

CHENGANNUR: Lebih satu juta penduduk kini ditempatkan di kem perlindungan sementara, susulan banjir akibat musim monsun, yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 410 mangsa di Kerala.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 50,000 kediaman musnah, sekali gus menyebabkan ramai penduduk membanjiri kem perlindungan, sementara menunggu paras air surut.

Ketika ini, ribuan anggota tentera darat, tentera laut dan tentera udara bertungkus-lumus mencari dan menyelamatkan mangsa di seluruh negara, terutama yang masih terperangkap di kawasan pedalaman serta pergunungan.

“Keseluruhan 1,028,000 penduduk berada di kira-kira 3,200 kem perlindungan di seluruh negara.

“Enam lagi mayat mangsa banjir ditemui kelmarin, menjadikan jumlah yang maut kepada lebih 410 sejak monsun melanda Jun lalu,” kata jurucakap kerajaan kepada AFP. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X