Khamis, 6 September 2018 | 11:10am
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in. - Foto AFP
PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in. - Foto AFP

Sidang kemuncak ketiga Semenanjung Korea 18-20 September

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in bersetuju untuk mengadakan sidang kemuncak antara kedua-dua negara di Pyongyang pada 18 hingga 20 September ini.

Sidang kemuncak kali ketiga antara kedua-dua pemimpin itu bertujuan membincang isu pelucutan senjata nuklear.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan, Chung Eui-yong, berkata pertemuan antara Jong-un dan Jae-in itu bakal membincangkan pelbagai isu, termasuk pendekatan sewajarnya bagi menamatkan program nuklear di Semenanjung Korea.

Tarikh sidang kemuncak itu diumumkan selepas Eui-yong mengadakan pertemuan dengan Jong-un di Pyongyang semalam, dan menyerahkan surat peribadi dari Jae-in.

Menurut Eui-yong, pemimpin Korea Utara itu turut menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Seoul dan Washington bagi menamatkan program nuklear. - AFP

Berita Harian X