Ahad, 4 November 2018 | 7:31pm
ORANG ramai mengusung keranda mangsa serangan di Minya. - Foto EPA

19 anggota militan terbabit serang komuniti Kristian dibunuh

KAHERAH : Pasukan keselamatan Mesir membunuh 19 anggota militan yang dipercayai terbabit melancarkan serangan ke atas komuniti Kristian di wilayah Minya sehingga meragut tujuh nyawa.

Kementerian Dalam Negeri menerusi satu kenyataan berkata, kesemua suspek terbunuh dalam satu pertempuran di padang pasir di barat wilayah Minya selepas pasukan keselamatan berjaya menjejaki mereka.

Kenyataan terbabit bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh pertempuran itu berlaku.

Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan di Minya yang berlaku Jumaat lalu walaupun tiada sebarang bukti mengaitkan mereka dengan kejadian berkenaan. - Reuters

Berita Harian X