Sabtu, 10 November 2018 | 5:16pm

Gempa 6.3 magnitud landa Tonga

TONGA: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud melanda luar pantai timur laut negara kepulauan Pasifik Selatan, Tonga hari ini.

Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan berlaku.

Gempa terletak sejauh 185 kilometer di timur laut ibu negara Nuku’alofa, pada kedalaman 80.5 kilometer.

Walau bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tonga, sebuah kepulauan Polinesia yang terdiri daripada 169 pulau sering dilanda gempa bumi dan berada dalam Lingkaran Api Pasifik selain terdedah kepada aktiviti seismik yang aktif. -Reuters.

Berita Harian X