Selasa, 18 Disember 2018 | 12:42am
SEBAHAGIAN pesakit berjaya diselamatkan selepas sebuah hospital kerajaan di pusat kewangan India terbakar, semalam. - Foto Reuters
SEBAHAGIAN pesakit berjaya diselamatkan selepas sebuah hospital kerajaan di pusat kewangan India terbakar, semalam. - Foto Reuters

6 maut hospital terbakar di Mumbai

MUMBAI: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lebih 145 mangsa lain berjaya diselamatkan, selepas sebuah hospital kerajaan di pusat kewangan India terbakar, semalam, kata pihak berkuasa.

Kebakaran itu berlaku di tingkat empat Hospital Employees State Insurance Corporation di pinggir Marol, Mumbai sehingga menyebabkan seluruh bangunan lima tingkat terbabit dipenuhi asap.

“Enam orang maut. Semua pesakit sudah diselamatkan. Operasi masih berjalan dan bomba sedang memeriksa sama ada wujud mangsa masih terperangkap,” menurut pegawai polis.

Datuk Bandar Mumbai, Vishwanath Mahadeshwar memaklumkan bahawa punca kebakaran itu masih belum diketahui dan ia akan disiasat. - Reuters

Berita Harian X