Rabu, 9 Januari 2019 | 4:18pm
Rahaf Mohammed Al-Qunun. - Foto Reuters

PBB sahkan remaja Arab Saudi pelarian

SYDNEY: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati remaja perempuan yang melarikan diri dari Arab Saudi adalah pelarian sah dan meminta Australia menerima beliau, kata pegawai di Canberra hari ini.

“UNHCR merujuk Rahaf Mohammed Al-Qunun kepada Australia untuk dipertimbangkan bagi penempatan semula pelarian,” kata Jabatan Dalam Negeri dalam kenyataan.

Keputusan itu menunjukkan kemenangan kepada gadis berusia 18 tahun itu, yang kini berada di Bangkok.

Al-Qunun berkata, pihak berkuasa Thailand menyekat cubaannya mengunjungi Australia untuk memohon suaka.

Jabatan Dalam Negeri memaklumkan ia akan “mempertimbangkan rujukan ini dalam cara biasa seperti yang dilakukan dengan semua rujukan UNHCR lain.”

Pegawai Australia memberi petunjuk kuat bahawa permohonan Al-Qunun akan diterima.

“Jika beliau didapati pelarian, kami akan memberikan pertimbangan amat serius kepada visa kemanusiaan,” kata Menteri Kesihatan, Greg Hunt, sebelum keputusan PBB itu disiarkan.

Al-Qunun menceritakan usahanya melarikan diri daripada keluarga yang didakwa menderanya setiap minit dalam di media sosial. — AFP

1067 dibaca
Berita Harian X