Isnin, 4 Februari 2019 | 10:03am
PausFrancis disambut Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed Al-Nahyan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. - Foto REUTERS
Ketua Gereja Katolik Paus Francis disambut Putera Mahkota Abu Dhabi Mohammed bin Zayed Al-Nahyan dan Sheikh Ahmed Mohamed el-Tayeb, Imam Mesir Masjid al-Azhar, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi di Abu Dhabi, United Arab Emirates. - Foto REUTERS

Paus Francis lawat UAE

ABU DHABI: Paus Francis tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam, satu lawatan bersejarah oleh seorang pemimpin besar Katolik ke Semenanjung Arab.

Sepanjang lawatan selama 48 jam itu, Francis dijadual bertemu dengan ulama utama Islam dan akan mengendalikan upacara gereja yang dijangka dihadiri 135,000 jemaah.

Ketibaan beliau disambut Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed diiringi Imam Universiti Al-Azhar Kaherah, Sheikh Ahmed al-Tayeb.

Francis akan mengambil bahagian dalam satu persidangan antara agama hari ini bersama dengan Sheikh Ahmed.

Beberapa jam sebelum kembali ke Rom esok, beliau akan memimpin satu upacara gereja terbuka di stadium Zayed Sport City, Abu Dhabi, perhimpunan terbesar di pernah dianjurkan di UAE, menurut media tempatan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo memuji kunjungan Paus ke UAE sebagai suatu ‘saat paling bersejarah dalam kebebasan beragama’.

Hampir sejuta pendatang Katolik kini menetap di UAE, kebanyakannya berasal dari Filipina dan India. - AFP

Berita Harian X