Khamis, 21 Februari 2019 | 1:46pm
- Gambar hiasan/rappler.com

11 cedera serangan pisau di China

BEIJING: 11 orang cedera selepas seorang lelaki dipercayai mengalami sakit mental menyerang mereka dengan pisau di tengah China, kata pihak berkuasa tempatan, hari ini.

Suspek berusia 33 tahun dikenali sebagai Guo Kaibin kini ditahan pihak berkuasa, menurut polis Ji’an di media sosial.

Pihak berkuasa berkata keluarga Kaibin sendiri mengesahkan bahawa dia mempunyai sejarah penyakit mental.

Tambah polis, semua mangsa termasuk polis bantuan dan pelajar hanya mengalami cedera ringan dan sudah dirawat di hospital.

Serangan pisau sering berlaku di China yang menguatkuasakan peraturan ketat terhadap milikan senjata api.

Awal bulan ini, seorang lelaki yang mengesyaki isterinya berlaku curang menikam mati lapan orang dan mencederakan tujuh yang lain di sebuah perkampungan di barat laut wilayah Gansu.

Pada masa lalu, serangan begini turut menyasarkan murid-murid sekolah, memaksa pihak berkuasa meningkatkan kawalan di sekolah. - AFP

185 dibaca
Berita Harian X