Ahad, 24 Februari 2019 | 3:09pm
JURUCAKAP polis Sri Lanka, Ruwan Gunasekera.
JURUCAKAP polis Sri Lanka, Ruwan Gunasekera.

Sri Lanka rampas 300 kilogram heroin

COLOMBO: Polis Sri Lanka merampas hampir 300 kilogram heroin bernilai AS$17 juta (RM69 juta), rampasan narkotik terbesar negara itu, kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera, hari ini.

Polis turut menangkap dua lelaki.

Ejen antinarkotik dan komando Pasukan Tugas Khas menyerbu tempat letak kereta sebuah pusat beli belah di Colombo petang semalam dan menemui dadah itu disembunyi dalam dua van.

“Heroin dibungkus dalam 272 beg plastik dan sedia diedarkan.

“Kami kini menyiasat bagaimana bungkusan itu dibawa masuk ke negara ini,” kata Gunasekera.

Pada 2013, polis merampas 260 kilogram heroin yang dibawa masuk ke dalam negara itu disembunyikan dalam traktor yang diimport dari Pakistan.

Rampasan dadah terbesar Sri Lanka dibuat pada Disember 2016 apabila kokain seberat 800 kilogram berjaya dirampas.

Pihak berkuasa percaya negara itu juga digunakan sebagai pusat transit oleh penyeludup. — AFP

Berita Harian X