Rabu, 27 Februari 2019 | 8:10pm
Keadaan Pergunungan Himalaya di Kathmandu. - Foto AFP
Keadaan Pergunungan Himalaya di Kathmandu. - Foto AFP

Menteri Pelancongan Nepal maut nahas helikopter

KATHMANDU: Seorang menteri pelancongan antara tujuh yang maut selepas sebuah helikopter terhempas di timur Nepal akibat cuaca buruk, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ram Krishna Subedi.

Subedi berkata, satu pasukan mencari berjaya menemui semua mayat mangsa dari lokasi kejadian di Taplejung, terletak kira-kira 300 kilometer dari timur Kathmandu yang berhampiran dengan sempadan India.

Tambahnya, Menteri Pelancongan Rabindra Adhikari antara yang meninggal dunia.

Insiden kemalangan udara adalah perkara biasa di kebanyakan kawasan pergunungan di Nepal yang turut menjadi lokasi kepada lapan daripada 14 puncak gunung tertinggi di dunia, termasuk Gunung Everest.

Tahun lalu, seramai 51 orang terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang dari Dhaka dilaporkan terhempas di Kathmandu.-Reuters.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X