Jumaat, 8 March 2019 | 12:34am
KUMPULAN Jaish-e-Mohammad (JeM) antara militan yang diberi oleh kerajaan Pakistan. - Foto Deccan Chronicle
KUMPULAN Jaish-e-Mohammad (JeM) antara militan yang diberi oleh kerajaan Pakistan. - Foto Deccan Chronicle

Pakistan tingkat operasi buru militan

ISLAMABAD: Pakistan menahan lebih 100 militan disyaki, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu, semalam, susulan ketegangan selama berminggu-minggu dengan negara jirannya, India.

Operasi itu menyasarkan dua kumpulan militan Pakistan yang didakwa melakukan serangan di wilayah India, susulan serangan pemberontak di kawasan Kashmir dikuasai India yang mengorbankan 40 anggota separa tentera, bulan lalu.

“Pihak berkuasa sudah menahan 121 orang di bawah undang-undang tahanan pencegahan, setakat hari ini,” menurut kenyataan kementerian itu.

Seorang pegawai kerajaan memaklumkan, pasukan keselamatan menahan ahli kumpulan Jaish-e-Mohammad (JeM) yang mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan nekad Februari lalu selain ahli pertubuhan pengganas disenaraikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jamaat-ud-Dawa (JuD).

India berkata JuD adalah pertubuhan payung terhadap militan Lashkar-e-Taiba (Let), ia didakwa melakukan serangan pengganas di Mumbai sehingga mengorbankan lebih 160 orang, pada 2008. - AFP

Berita Harian X