Jumaat, 15 March 2019 | 1:59am
KEADAAN jambatan pejalan kaki yang runtuh di Mumbai. - Foto EPA

5 maut, 36 cedera jambatan runtuh di Mumbai

MUMBAI: Lima orang maut dan 36 mangsa lain cedera, selepas sebahagian jambatan pejalan kaki runtuh, ketika waktu sibuk di ibu wilayah kewangan India, Mumbai, semalam.

Jurucakap polis, Manjunath Singe berkata, sekurang-kurangnya tiga wanita maut. Katanya, mangsa cedera sudah dihantar ke hospital.

Sebuah jentera pengorek dibawa untuk membersihkan sisa jambatan runtuh itu yang menyekat kenderaan sebuah jalan sibuk di selatan Mumbai. Beberapa jentera bomba dan sebuah ambulans turut berada di lokasi.

Jambatan itu berhubung dengan salah satu stesen terbesar Mumbai, Chhatrapati Shivaji Terminus yang digunakan jutaan orang setiap hari. - Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X