Jumaat, 22 March 2019 | 8:23am
Kenderaan polis berhampiran lokasi letupan loji kimia di daerah Xiangshui, Yancheng, wilayah Jiangsu, China. - Foto REUTERS
Pegawai bomba dan pegawai polis China mencari mangsa di tapak letupan loji kimia di Yancheng di wilayah Jiangsu timur China. - Foto AFP

Korban letupan loji kimia China meningkat 12 orang

YANCHENG: Angka korban akibat letupan loji kimia di timur China meningkat 12 orang hari ini selepas pihak berkuasa berjaya mengeluarkan berpuluh mangsa dari kawasan kejadian, kata media rasmi.

Kebakaran di kawasan perindustrian Yancheng di wilayah Jiangsu, semalam berjaya dikawal oleh anggota bomba beberapa jam selepas letupan yang berlarutan sehingga ke malam menurut penyiar CCTV.

Sehingga awal pagi ini, sejumlah 88 orang berjaya dikeluarkan dari kawasan terbabit termasuk 12 yang maut, kata CCTV.

Berpuluh-puluh orang turut dilaporkan cedera dalam insiden terbaru yang mendedahkan lagi rekod buruk keselamatan sektor perindustrian China.

Imej yang dikongsi media tempatan menunjukkan, ledakan terlalu kuat itu mencetus gempa bumi kecil berkekuatan 2.2 magnitud, meruntuhkan bangunan kilang, memecahkan cermin tingkap kediaman dan sekolah berhampiran. - AFP

Pegawai polis paramiliter dan kakitangan perubatan memindahkan seorang lelaki yang cedera di tapak letupan loji kimia di Yancheng di wilayah timur China Jiangsu. - Foto AFP

Berita Harian X