YANCHENG: Angka korban akibat letupan besar yang menggegarkan sebuah loji kimia di timur China kini meningkat 44 orang, lapor media rasmi hari ini.
Menurut People’s Daily, sekurang-kurangnya 90 lagi cedera teruk akibat letupan dalam kejadian semalam.
Difahamkan ledakan yang terlalu kuat itu menyebabkan sebuah bangunan kilang runtuh, tingkap kaca kediaman berhampiran pecah serta mencetus gegaran kecil gempa bumi berkekuatan 2.2 magnitud. - AFP

Pegawai polis paramiliter memindahkanseorang lelaki yang cedera mangsa letupan loji kimia, di Yancheng di wilayah Jiangsu timur China. - Foto AFP