Sabtu, 6 April 2019 | 12:34pm
XIANGSHUI Chemical Industry Park

China tutup kilang kimia, sebabkan 78 terbunuh

BEIJING: Pihak berkuasa Chin akan menutup tapak perindustrian kimia yang meletup hingga mengorbankan 78 orang dan mengakibatkan ratusan lagi cedera.

Letupan di bandar Yancheng, timur wilayah Jiangsu dianggap antara kemalangan industri terburuk di negara itu sejak beberapa tahun lalu.

Keputusan menutup Xiangshui Chemical Industry Park dibuat Khamis lalu oleh kerajaan tempatan, lapor penyiar rasmi kerajaan, CCTV semalam.

Wilayah Jiangsu juga akan mula menutup kilang kimia,

dengan jumlah pengeluar dikurangkan kepada hampir separuh menjelang 2020, lapor The Paper.

Pihak berkuasa tempatan Selasa lalu berkata, 187 orang yang cedera dalam letupan itu masih berada di hospital dengan dua daripadanya kritikal.

Tiga pekerja firma Jiangsu Tianjiayi Chemical, kini ditahan polis.

Syarikat yang mempunyai 195 pekerja itu ditubuhkan pada 2007 dan banyak menghasilkan bahan kimia mentah termasuk anisole, sebatian yang sangat mudah terbakar.

Menurut data dalam talian biro persekitaran dan ekologi bandar Yancheng, syarikat itu pernah melanggar peraturan alam sekitar. - AFP

271 dibaca
Berita Harian X