Khamis, 18 April 2019 | 7:18pm
GAMBAR fail, keadaan rumah yang musnah akibat dibedil roket di bandar Aleppo di utara Syria, kelmarin. - Foto AFP

Tujuh orang awam maut serangan bom di Syria

BEIRUT: Sekurang-kurangnya tujuh orang awam maut selepas tentera rejim Syria mensasarkan perkampungan dan kem bersebelahan dengan pelarian tempatan di tenggara Idlib, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), hari ini.

Katanya, dua wanita dan tujuh kanak-kanak antara yang terkorban manakala 30 yang lain cedera dalam serangan pengeboman itu.

September lalu, sekutu rejim iaitu Russia dan pemberontak disokong Turki menandatangani perjanjian zon penampan bagi mencegah serangan tentera rejim secara besar-besaran ke atas wilayah Idlib, berhampiran sempadan Turki.

Namun, wilayah yang mempunyai tiga juta penduduk itu sering kali dibom tentera rejim sejak Hayat Tahrir al-Sham (HTS) mengawal penuh wilayah terbabit pada Januari lalu.

Sejak 2011, perang di Syria sudah mengorbankan lebih 370,000 orang dan menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal-AFP.

144 dibaca
Berita Harian X