Jumaat, 19 April 2019 | 12:19am

Gempa bumi 6.5 magnitud gegar Australia

HONG KONG: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud menggegarkan selatan pantai Australia hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Katanya, setakat ini tiada laporan kerosakan dan kematian dalam gempa bumi terbabit.

Tambahnya, gegaran berlaku pada kedalaman 1,040 kilometer dari barat daya Geeveston di Australia dan 10 kilometer di barat India-Antartika Rigde. -AFP

1396 dibaca
Berita Harian X