Ahad, 21 April 2019 | 1:07am
Empat tentera Turki dan 20 anggota kumpulan pemberontak daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dilaporkan terbunuh dalam pertempuran berhampiran dengan sempadan Iraq, hari ini. - Gambar hiasan

Empat tentera, 20 militan PKK terbunuh di Turki

ISTANBUL: Empat tentera Turki dan 20 anggota kumpulan pemberontak daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dilaporkan terbunuh dalam pertempuran berhampiran dengan sempadan Iraq, kata Kementerian Pertahanan Turki dan tentera, hari ini.

Menurut agensi berita Anadolu dan kementerian terbabit, sebuah pangkalan tentera diserang semalaman di daerah pergunungan Cukurca di wilayah tenggara Hakkari, Turki sehingga menyebabkan tentera bertindak balas dengan melancarkan serangan udara.

Katanya, sekurang-kurangnya 20 militan berjaya ditumpaskan selain enam tentera lain turut cedera dalam pertempuran itu.

“Turki bertekad meneruskan perjuangan menentang militan dan penyokong mereka tanpa bertolak ansur,” kata Ahli Parlimen Turki, Mustafa Sentop yang dipetik Anadolu. -Reuters.

548 dibaca
Berita Harian X