Ahad, 21 April 2019 | 8:33pm
Anggota tentera Sri Lanka berkawal di depan gereja susulan siri letupan di Colombo, hari ini. - Foto Reuters

TERKINI: Korban serangan Sri Lanka meningkat 207

COLOMBO: Angka kematian dalam lapan siri letupan di Sri Lanka hari ini meningkat kepada 207 orang manakala 450 cedera, kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera.

Bercakap semasa sidang media, beliau berkata tiga orang sudah ditahan berhubung serangan yang mensasarkan hotel mewah di ibu negara selain gereja di mana penganut Kristian sedang menyambut perayaan Easter.

Gunasekera berkata polis sedang menyiasat sama ada penyerang bom nekad terbabit dalam semua letupan itu. - AFP

Berita Harian X