Jumaat, 17 Mei 2019 | 3:41pm
YUSAKU Maezawa. - Foto AFP

Tokoh fesyen Jepun raih RM33 juta di Sotheby's

TOKYO: Tokoh fesyen Jepun, Yusaku Maezawa memperoleh RM33.3 juta hasil lelongan koleksi lukisan miliknya di Sotheby’s New York malam semalam, sekali gus mampu menampung hidupnya yang sebelum ini mendakwa kehabisan wang.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama fesyen dalam talian, Zozo itu menjual lukisan sentuhan Andy Warhol, ‘Flowers’ dengan harga AS$5.6 juta (RM23.3 juta) jauh lebih tinggi berbanding harga jangkaan AS$1.5 juta (RM6.2 juta) hingga AS$2 juta (RM8.3 juta).

Maezawa sebelum ini berkata di Twitter, beliau perlu menjual karya seni itu kerana kehabisan wang akibat gaya hidupnya yang terlalu mewah.

Usahawan itu sering menarik perhatian melalui gaya hidup mewahnya, termasuk sanggup membayar AS$110 juta (RM459 juta) untuk lukisan Jean-Michel Basquiat dan mendaftar sebagai penumpang swasta pertama bakal mengelilingi bulan menaiki SpaceX milik Elon Musk.

Beliau berdepan masalah kewangan apabila harga saham Zozo menjunam 60 peratus berbanding Julai lalu akibat silap perhitungan dalam perniagaan. - Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X