Rabu, 29 Mei 2019 | 8:43pm
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, John Bolton. - Foto Reuters

AS dakwa Iran dalang serangan kapal

ABU DHABI: Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, John Bolton, hari ini berkata Iran ‘hampir pasti’ mendalangi serangan ke atas kapal di Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal bulan ini.

Empat kapal berkenaan, termasuk dua tangki minyak Arab Saudi, diserang ‘kapal tentera laut yang hampir pasti dari Iran’, kata Bolton kepada sidang akhbar di Abu Dhabi.

Pakar AS adalah sebahagian daripada pasukan lima negara yang menyiasat serangan 12 Mei lalu yang merosakkan empat kapal di Laut Oman di luar bandar raya Fujairah di UAE.

“Tiada sesiapa pun di Washington yang ragu-ragu mengenai pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini.

“Siapa yang melakukannya? Seseorang dari Nepal?” katanya.

Bolton berkata, beliau akan bertemu Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al-Nahyan selain rakan sejawatannya, Sheikh Tahnoun bin Zayed Al-Nahyan, untuk membincangkan ketegangan hubungan dan serantau. - AFP

Berita Harian X