Selasa, 25 Jun 2019 | 11:04pm
Seorang juruterbang yang terlelap dan terlepas lapangan terbang sejauh 78 kilometer.

Juruterbang Australia terlelap, pesawat terlajak 78km

KING ISLAND: Seorang juruterbang yang terlelap dan terlepas lapangan terbang sejauh 78 kilometer didapati tidak tidur selama 24 jam, menurut satu siasatan.

“Juruterbang pesawat dari Tasmania ke King Island, Australia itu mengalami tahap kepenatan akut, ketika tertidur dalam penerbangan kargo awal pagi,” menurut pengarah eksekutif keselamatan pengangkutan ATSB, Nat Nagy.

Menurut laporan The Independent, beliau adalah satu-satunya individu yang berada dalam pesawat Piper PA-31-350 itu. Beliau terlelap, ketika menurunkan altitud pesawat ke King Island.

Beberapa pengawal trafik udara dan juruterbang lain di kawasan terbabit cuba menghubungi beliau tetapi gagal.

Apabila bangun, beliau menyedari sudah terlajak kira-kira 78 kilometer dari destinasi, sebelum berpatah balik ke King Island dan mendarat dengan selamat. - Agensi

Berita Harian X