Khamis, 11 Julai 2019 | 9:55pm

Zionis tersilap bunuh anggota Hamas

GAZA: Tentera Israel tersilap menembak mati seorang anggota operasi Hamas, hari ini, ketika mangsa cuba menghalang penduduk Palestin daripada menghampiri sempadan dengan Israel dan Gaza.

Kumpulan Islam yang mentadbir Semenanjung Gaza itu memaklumkan lelaki terbabit sudah meninggal dunia. Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lelaki Palestin itu berusia 28 tahun dan ditembak berhampiran Beit Hanoun di utara wilayah itu.

“Siasatan awal mencadangkan anggota operasi pencegahan Hamas tiba di kawasan pagar keselamatan kerana dua penduduk Palestin merayau di kawasan itu,”

“Tentera Israel yang tiba di lokasi tersilap mengenalpasti anggota operasi ini sebagai pengganas bersenjata dan menembak beliau. Insiden ini akan disiasat,” menurut kenyataan tentera Israel. - Reuters

1839 dibaca
Berita Harian X