Ahad, 14 Julai 2019 | 2:52pm

Gempa bumi 6.6 landa Australia

SYDNEY: Gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud menggegarkan barat laut Australia hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi itu berlaku di lokasi 203 kilometer ke barat pantai peranginan Broone di Western Australia.

Gegaran dirasakan di Broome dan Port Hedland, pelabuhan eksport terbesar Australia, menurut

Geoscience Australia, yang mengukur gempa bumi itu sekuat 6.5

Dalam penilaian awalnya, USGS berkata berkemungkinan gempa itu tidak menyebabkan kematian dan kerosakan. — AFP

Berita Harian X