Selasa, 16 Julai 2019 | 5:05pm
ANGGOTA penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di Mumbai, hari ini. - Foto Reuters

4 maut, 30 terperangkap bangunan runtuh di India

MUMBAI: Sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Mumbai hari ini, menyebabkan puluhan terperangkap, dengan sekurang-kurangnya empat disahkan terbunuh, kata pegawai bomba.

Ia adalah kejadian kedua sekitar Mumbai dalam masa tidak sampai 10 hari.

Hujan lebat yang turun di bandar raya itu pada musim tengkujuh kerap menyebabkan struktur lama atau tidak dibina dengan baik tidak stabil, membawa kepada kejadian runtuhan banyak bangunan sejak beberapa tahun lalu.

“Kami tidak tahu berapa ramai yang terperangkap, tetapi dengan maklumat yang diberikan jiran, kami menganggarkan lebih 30,” kata pegawai berkenaan, menambah usaha menyelamat sukar kerana laluan sempit di kawasan itu. — Reuters

Berita Harian X