Rabu, 17 Julai 2019 | 1:02am

Korban bangunan runtuh Mumbai meningkat 10 orang

MUMBAI: Jumlah kematian bangunan usang empat tingkat yang runtuh di ibu wilayah kewangan India meningkat kepada 10 orang, semalam, ketika usaha menyelamat diteruskan, kata pihak berkuasa.

Ia adalah insiden runtuhan kedua di Mumbai dalam tempoh 10 hari, ketika musim hujan monsun. Sejak beberapa tahun lalu, banyak struktur usang dan tidak dibina dengan baik runtuh akibat hujan monsun.

Lorong sempit dan sesak ke lokasi runtuhan di Dongri menyukarkan peralatan menyelamat digunakan, kata ketua perhubungan awam jabatan bomba, P S Rahangdale.

Beliau dan Timbalan Komisioner Polis, Manjunath Singe mengesahkan 10 orang disahkan maut sementara lapan lagi mangsa sedang dirawat di dua hospital berhampiran.

“Kira-kira 15 keluarga dipercayai tinggal dalam bangunan yang runtuh, pada pagi Selasa. Operasi menyelamat diteruskan dan tumpuan adalah untuk mencari mereka yang terperangkap,” katanya. - Reuters

179 dibaca
Berita Harian X