Jumaat, 19 Julai 2019 | 4:48pm
Anggota bomba di lokasi susulan seorang lelaki membakar diri di hadapan kedutaan Jepun di Seoul. - Foto AFP

Lelaki Korea Selatan bunuh diri depan kedutaan Jepun

SEOUL: Seorang rakyat Korea Selatan meninggal dunia selepas membakar diri di hadapan kedutaan Jepun di sini, ketika pertikaian perdagangan dan diplomatik berlaku dengan Tokyo, kata polis, hari ini.

Pihak berkuasa berkata, lelaki berusia 70-an itu mula menyalakan api di dalam kenderaan yang diletak di hadapan bangunan kedutaan dan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Pihak polis turut menjumpai 20 silinder gas di dalam kenderaan lelaki terbabit.

Media tempatan melaporkan, mendiang bapa mentua lelaki itu adalah bekas buruk paksaan ketika zaman penjajahan Jepun.

Kejadian itu berlaku ketika ketegangan berlaku antara Seoul dan Tokyo berhubung isu pekerja.

Pada bulan lalu, Jepun mengenakan syarat ketat terhadap eksport penting ke Korea Selatan membabitkan syarikat teknologi terbesar, Samsung Electronics.

Tokyo berkata, langkah itu dibuat mensasarkan bahan kimia utama yang digunakan untuk membuat peralatan, dilakukan secara sengaja kerana hilangnya kepercayaan dalam hubung dengan Seoul.

Pada masa sama, Jepun menuduh Seoul tidak mengendalikan secara baik eksport bahan sensitif dari Jepun. - AFP

447 dibaca
Berita Harian X