Khamis, 8 Ogos 2019 | 6:32pm
Gambar file, Pegawai Pelupusan Bahan Letupan Polis (EOD) Thailand berada di lokasi letupan kecil di sebuah tapak di Bangkok, Thailand pada Ogos 2019. - Foto REUTERS

Siri letupan mungkin ada kaitan dengan politik - polis Thailand

BANGKOK: Siri pengeboman di ibu negara Thailand minggu lalu mungkin ada hubungan dengan politik, kata polis hari ini ketika pihak berkuasa memburu lebih 12 suspek yang ada kaitan dengan serangan itu.

Enam bom kecil dan enam peranti mudah terbakar meletup Jumaat lalu ketika bandar raya itu menjadi hos mesyuarat Menteri Luar ASEAN yang turut dihadiri diplomat Amerika Syarikat, China dan kuasa dunia lain.

Letupan mencederakan empat orang dan polis pada awalnya mengesyaki serangan ada kaitan dengan pemisah di selatan Thailand.

Dua suspek ditahan Jumaat lalu adalah dari Narathiwat.

Mereka adalah antara 15 suspek tetapi bukan semua mempunyai hubungan dengan pemisah dan sebahagiannya sudah melarikan diri.

Berita Harian X