Selasa, 13 Ogos 2019 | 5:05pm
Syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung tugas serta-merta seorang juruterbang pesawat CX216 kerana menyalahgunakan maklumat syarikat. - Foto hiasan

Juruterbang Cathay Pacific digantung tugas

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung tugas serta-merta seorang juruterbang pesawat CX216 kerana menyalahgunakan maklumat syarikat, kata syarikat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel kepada Reuters berkata, juruterbang itu juga dikenakan tindakan disiplin dalaman.

Pada masa sama, syarikat itu pada Jumaat lalu, dikatakan terperangkap dengan pertelingkahan antara Beijing dan kumpulan pro-demokrasi selepas pengawal selia penerbangan awam China mendesak syarikat itu menggantung semua kakitangannya yang terbabit atau menyokong bantahan haram di Hong Kong.

Sehubungan itu, syarikat itu memutuskan hujung minggu lalu untuk akur terhadap tuntutan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) menggantung tugas seorang juruterbang yang ditahan kerana terbabit dengan bantahan anti-kerajaan di Hong Kong dan memecat dua kakitangan lapangan terbang yang menyokong perbuatan salah laku. - Reuters

Berita Harian X