Selasa, 13 Ogos 2019 | 6:09pm
Pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong terpaksa menghentikan sementara semua pemeriksaan masuk ke terminal berlepas selepas penunjuk perasaan prodemokrasi melakukan sekatan untuk hari kedua. - Foto Reuters

Proses daftar masuk di lapangan terbang Hong Kong terjejas

HONG KONG: Pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong terpaksa menghentikan sementara semua pemeriksaan masuk ke terminal berlepas selepas penunjuk perasaan prodemokrasi melakukan sekatan untuk hari kedua, kata pihak berkuasa, hari ini.

“Operasi terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terjejas dengan teruk disebabkan perhimpunan awam.

“Semua pemeriksaan masuk untuk pelepasan penerbangan dihentikan sementara sejak jam 4.30 petang (waktu tempatan). Semua pelepasan dan ketibaan penerbangan masih beroperasi seperti biasa dan syarikat penerbangan akan membantu penumpang yang masih belum menyelesaikan proses untuk pelepasan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak datang ke lapangan terbang,” kata pihak berkuasa lapangan terbang dalam satu kenyataan. - AFP

Berita Harian X