Selasa, 13 Ogos 2019 | 6:36pm
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong membatalkan semua penerbangan selepas penyokong prodemokrasi menyekat kemudahan untuk hari kedua. - Foto AFP

Hong Kong batal semua penerbangan masuk hari ke-2

HONG KONG: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong membatalkan semua penerbangan selepas penyokong prodemokrasi menyekat kemudahan untuk hari kedua.

“Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong terjejas teruk, semua penerbangan terpaksa dibatalkan,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan disiarkan di laman web rasmi.

“Semua penumpang dinasihatkan meninggalkan bangunan terminal dengan kadar segera,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan terdahulu, pihak berkuasa lapangan terbang mengesahkan pendaftaran masuk terpaksa dihentikan sementara, manakala ketibaan penerbangan masih beroperasi seperti biasa.

Keputusan itu terpaksa dibuat, apabila ribuan penyokong prodemokrasi membanjiri kawasan lapangan terbang memasuki hari kedua dan menyekat penumpang daripada masuk ke pintu balai berlepas di kedua-dua terminal.

Kejadian ini berlaku sehari selepas pihak berkuasa mengumumkan pembatalan semua penerbangan yang jarang berlaku, susulan perhimpunan bantahan besar-besaran. - AFP

1462 dibaca
Berita Harian X