Selasa, 13 Ogos 2019 | 11:25pm

Tentera China mula berkumpul di sempadan Hong Kong

BEIJING: Sejumlah besar angkatan separa tentera China dirakamkan sudah berhimpun kira-kira 30 kilometer dari Hong Kong di bandar raya Shenzhen.

Hari ini, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam yang pro Beijing berkata, keadaan di wilayah merdeka itu sudah tidak dapat kembali kepada asal, selepas tunjuk perasaan selama 10 minggu berturut-turut.

Media kerajaan China memaklumkan, banyak unit polis bersenjata dilihat mula berhimpun di sebuah arena Pusat Sukan Shenzhen Bay seperti bersiap sedia untuk latihan ketenteraan besar-besaran.

“Rakaman video ini adalah petunjuk bahawa sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku,” kata penasihat dasar jawatankuasa hal ehwal luar negara Kesatuan Eropah (EU), Alexandre Krauss.

Ia adalah satu lagi petunjuk bahawa Beijing semakin tidak sabar di Hong Kong, selepas kerajaan China memaklumkan pergerakan tunjuk perasaan mula menunjukkan ciri-ciri keganasan. - Agensi/ The Independent

Berita Harian X