Rabu, 14 Ogos 2019 | 7:10pm
Wanita meredah banjir di Kodagu, Karnataka. - Foto AFP

Korban banjir monsun India meningkat 244 orang

NEW DELHI: India mengeluar amaran banjir baharu di beberapa bahagian negeri Kerala, selatan India, hari ini, ketika jumlah kematian daripada banjir monsun meningkat kepada sekurang-kurangnya 244 orang.

Pihak berkuasa berkata, hujan lebat diramalkan dalam tempoh 24 hingga 48 jam lagi di beberapa kawasan paling teruk terjejas di negeri itu.

Setakat ini, hujan lebat di empat negeri Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat memaksa lebih 1.2 juta penduduk berpindah kebanyakannya ke kem bantuan kerajaan.

Jumlah kematian musim monsun di negeri itu, tahun ini, meningkat 95 orang, semalaman dengan sekurang-kurangnya 59 mangsa lain masih belum ditemui, kata polis. - AFP

Berita Harian X