Jumaat, 23 Ogos 2019 | 8:57am
- Foto hiasan

Lima maut dalam insiden rempuhan konsert rap di Algeria

ALGIERS: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dalam satu insiden rempuhan di sebuah konsert rap di sini malam tadi, kata sumber perkhidmatan perubatan.

Ketika kejadian ribuan pengunjung konsert dikatakan sedang bersesak-sesak untuk menyaksikan persembahan artis rap terkenal tempatan, Abderraouf Derradji yang turut dikenali sebagai ‘Soolking’ di sebuah stadium di Algiers.

Setakat ini tiada maklumat lanjut diperoleh termasuk jumlah sebenar korban dan mereka yang tercedera. - Reuters

210 dibaca
Berita Harian X