Rabu, 28 Ogos 2019 | 11:27am
Syarikat penerbangan Cathay Pacific memberi amaran terhadap apa yang digambarkan bantahan haram yang dirancang diadakan di luar bangunan itu hari ini. - Foto AFP
Syarikat penerbangan Cathay Pacific memberi amaran terhadap apa yang digambarkan bantahan haram yang dirancang diadakan di luar bangunan itu hari ini. - Foto AFP

Cathay Pacific bantah tunjuk perasaan di ibu pejabat

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific memberi amaran terhadap apa yang digambarkan bantahan haram yang dirancang diadakan di luar bangunan itu hari ini.

Ia juga menegaskan tidak akan bertolak ansur kepada aktiviti ganas dan mana-mana staf yang mengambil bahagian.

Cathay Pacific terperangkap antara pihak berkuasa di Beijing dan penunjuk perasaan antikerajaan yang mengadakan demonstrasi kadang-kadang dicemari keganasan sejak Jun lalu yang menjadi cabaran terbesar bandar raya itu sejak dikembalikan kepada pemerintahan China pada 1997.

Syarikat penerbangan itu, dalam kenyataan lewat semalam berkata polis melarang bantahan yang dirancang diadakan diadakan sekitar ibu pejabat Cathay Pacific di Lantau, bersebelahan lapangan terbang antarabangsa Hong Kong, petang ini, menjadikan ia aktiviti haram.

“Cathay Pacific mahu menegaskan ia menyokong penuh usaha menegakkan Undang-Undang Asas dan semua hak dan kebebasan yang diberikan,” kata kenyataan.

Bantahan di hab kewangan Asia itu juga memberikan cabaran terbesar kepada Parti Komunis di Beijing sejak Presiden Xi Jinping mengambil alih kuasa pada 2012.

Pihak berkuasa di Beijing sudah memberikan amaran jelas akan campur tangan untuk mengurangkan keganasan. - Reuters

Berita Harian X