Rabu, 4 September 2019 | 10:12pm
Foto udara yang diambil dari Search and Rescue Trust Philips menunjukkan unit penyelamat berada di lokasi kemalangan bas, kira-kira 20 kilometer (12 batu) di luar Rotorua, sebuah bandar pelancongan popular di kawasan Teluk Plenty, Wellington. - Foto AFP

5 maut kemalangan bas pelancong di New Zealand

Wellington: Sekurang-kurangnya lima orang maut sementara enam lagi cedera, selepas sebuah bas yang membawa 27 penumpang terbalik di North Island, New Zealand, kata polis, hari ini.

Difahamkan, polis sedang menyiasat kemalangan di Lebuh raya Negeri 5 berhampiran Rotorua yang terkemuka di kalangan pelancong China.

“Bas ini terbalik ke lorong bertentangan arah di selekoh sederhana dan mudah. Ia adalah insiden tragik untuk mereka yang terbabit dan mempunyai kesan teruk,” kata inspektor wilayah Bay of Plenty, Brent Crowe dalam sidang media.

Katanya, pegawai penyelaras etnik sedang berhubung dengan keluar mangsa dan pihak berkuasa China selain bekerjasama dengan kementerian luar dan konsulat China bagi memaklumkan keluarga mangsa.

Seorang pegawai kedutaan China di Wellington memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan polis untuk mengenalpasti mangsa. Dua mangsa cedera serius sementara empat lagi hanya cedera ringan. - Reuters

Berita Harian X