Khamis, 12 September 2019 | 11:05am
Menteri Alam Sekitar Jepun, Shinjiro Koizumi pada sidang media di kediaman rasmi Perdana Menteri, Shinzo Abe di Tokyo, semalam. Foto Reuters

Menteri Alam Sekitar mahu Jepun henti guna kuasa nuklear

TOKYO: Menteri Alam Sekitar Jepun yang baharu dilantik semalam, Shinjiro Koizumi mahu kerajaan menutup semua nuklear reaktor, bagi mengelak berulangnya bencana Fukushima pada 2011.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh anak bekas perdana menteri, Junichiro Koizumi itu, yang juga penyokong kempen anti-nuklear, dijangka mencetuskan kontroversi dalam parti pemerintah, Parti Liberal Demokratik (LDP).

LDP dilaporkan menyokong usaha penggunaan kuasa nuklear mengikut undang-undang baharu yang lebih selamat, yang dikuatkuasakan susulan tragedi Fukushima.

“Saya ingin satu kajian dilaksanakan mengenai bagaimana kita boleh menutupnya (reaktor) dan bukan mengekalkannya,” kata Koizumi pada sidang media pertama selepas dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri Shinzo Abe.

Peraturan mengenai nuklear di bawah bidang kuasa kementerian yang diterajui Koizumi. - Reuters

352 dibaca
Berita Harian X