Khamis, 12 September 2019 | 10:14pm
Gambar hiasan

Wanita India terduduk atas ular mengawan dipatuk hingga mati

GORAKHPUR: Dalam satu insiden luar biasa, seorang wanita India yang leka bercakap di telefon bimbit secara tidak sengaja terduduk di atas sepasang ular mengawan, dipatuk lalu menemui ajal beberapa minit kemudian.

Insiden itu berlaku di perkampungan Riyanv, India di sini, semalam.

Wanita malang itu, dikenali Gita, sedang berbual di telefon dengan suaminya, Jai Singh Yadav yang bekerja di Thailand.

Sepasang ular memasuki rumah wanita itu dan mengawan di atas katilnya yang dilapisi cadar bercorak.

Gita berjalan ke dalam bilik sambil bercakap di telefon dan tidak perasan kelibat ular terbabit, lalu duduk di atas katil. Reptilia itu mematuknya dan dalam tempoh beberapa minit wanita itu tidak sedarkan diri.

Anggota keluarganya mengejarkan Gita ke sebuah hospital berhampiran namun malangnya mangsa meninggal dunia ketika sedang dirawat.

Ketika anggota keluarga dan jiran kembali ke dalam bilik wanita itu, ular terbabit masih berada di atas katil. Reptilia itu kemudian dipukul sampai mati. Pakar veterinar berkata, ular terbabit sedang mengawan apabila wanita itu secara tidak sengaja duduk di atasnya. -Agensi

14234 dibaca
Berita Harian X