Sabtu, 5 Oktober 2019 | 8:31am
Penunjuk perasaan membakar pintu masuk stesen MTR Causeway Bay di Hong Kong,. - Foto EPA

Hong Kong gantung perkhidmatan MTR akibat protes ganas

HONG KONG: Semua perkhidmatan kereta api termasuk ke lapangan terbang, digantung berikutan stesen kereta api bawah tanah ‘subway’ terjejas teruk akibat vandalisme susulan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan pro demokrasi.

“Semua perkhidmatan MTR Heavy Rail termasuk Airport Express, Light Rail dan bas MTR tidak dapat diteruskan pagi ini,” kata MTR Corporation dalam satu kenyataan.

“Selepas keganasan menular di beberapa daerah, kakitangan penyelenggaraan perlu memastikan keselamatan mereka lebih dulu sebelum ke stesen yang terjejas bagi memeriksa dan menilai kerosakan di stesen kami dan melakukan kerja-kerja pembaikan,” kenyataan itu menyebut.

Penggantungan perkhidmatan itu akan disemak semula lewat hari ini. - AFP

Orang ramai diselubungi asap selepas penunjuk perasaan membakar stesen MTR Causeway Bay Hong Kong. - Foto EPA

Berita Harian X