Rabu, 23 Oktober 2019 | 4:52pm
KETUA Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. - Foto Reuters
KETUA Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam. - Foto Reuters

Rancangan pecat Carrie Lam hanya khabar angin - China

BEIJING: Laporan mengenai khabar angin bahawa wujud rancangan menggantikan Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam hanya khabar angin politik yang mempunyai motif tidak baik.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying mengulas mengenai laporan agensi berita Financial Times (FT) yang berpangkalan di London dalam sidang media harian di Beijing, hari ini.

FT melaporkan China sedang merancang menggantikan Lam dengan ketua eksekutif sementara dengan memetik sumber yang diberi taklimat mengenai perkara itu.

Dalam perkembangan lain, badan perundangan Hong Kong menarik balik undang-undang yang membenarkan ekstradisi ke tanah besar China secara rasmi, hari ini.

Namun, perkembangan itu mungkin tidak menamatkan kekacauan selama berbulan-bulan kerana hanya satu daripada lima tuntutan penunjuk perasaan pro demokrasi dipenuhi.

Rata-rata penunjuk perasaan menggesa Lam meletak jawatan dan menjalankan siasatan bebas terhadap keganasan polis menangani protes.

“Tiada beza antara penggantungan dan pembatalan. Ia sudah terlambat. Ada tuntutan lain yang perlu dipenuhi kerajaan terutamanya membabitkan keganasan polis,” kata penunjuk perasaan, Connie, 27. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X