Selasa, 5 November 2019 | 8:15am

Gempa bumi 6.6 magnitud gegar Tonga

TONGA: Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud menggegarkan luar pantai Tonga hari ini, namun tiada ancaman tsunami dilaporkan, kata pihak berkuasa.

Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gempa pada kedalaman cetek itu berlaku kira-kira 134 kilometer di barat Neiafu, bandar kedua terbesar di negara yang terletak di Pasifik Selatan itu.

Menurut AFP, gegaran yang tercetus tidak mengakibatkan sebarang kerosakan besar. Ia juga tidak dirasai di ibu negara Tonga, Nuku’alofa.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik juga mengesahkan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

USGS berkata, gegaran susulan berukuran 5.5 magnitud dirakam beberapa minit kemudian. - AFP

Berita Harian X