Jumaat, 8 November 2019 | 12:04am
Kejiranan Palestin di Silwan dilihat di latar belakang penempatan Yahudi di tembok Bandar Lama Baitulmaqdis. - Foto REUTERS

Israel bina kereta kabel di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS: Rancangan Israel membina kereta kabel di atas Baitulmaqdis ke tembok Bandar Lama mencetuskan penduduk Palestin yang berkata, ia akan menghapuskan warisan di kawasan bakal ibu negara mereka.

Cadangan kereta kabel itu akan membawa kira-kira 3,000 pelancong dan pengunjung ibadat sejam dari barat Baitulmaqdis ke timur Bandar Lama dalam perjalanan empat minit.

Kerajaan berkata, skim bernilai 220 juta shekel (RM259.81 juta) itu bakal menyelesaikan kesesakan teruk kenderaan ke kawasan terbabit yang penuh dengan pelancong dan penduduk berkunjung ke beberapa lokasi suci Islam, Kristian dan Yahudi.

“Projek strategik ini bertujuan menggalakkan pelancongan di Bandar Lama Baitulmaqdis,” kata Menteri Warisan Baitulmaqdis Israel, Zeev Elkin.

Beberapa pegawai Israel berkata, perkhidmatan itu juga akan disediakan kepada penduduk Palestin di bandar terbabit.

Bagaimanapun, penduduk Palestin berkata, rancangan laluan itu bakal meletakkan kereta kabel hanya beberapa meter di atas rumah mereka di Baitulmaqdis Timur. - Reuters

Berita Harian X