Jumaat, 8 November 2019 | 10:44am

Tiga terbunuh, 20 cedera gempa bumi di Iran

TEHRAN: Tiga terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam gempa bumi sederhana kuat di barat laut Iran hari ini, kata pihak berkuasa.

Gempa bumi pada kedalaman cetek berukuran 5.9 magnitud itu berlaku kira-kira 120 kilometer di tenggara bandar Tabriz di Timur Wilayah Azerbaijan awal pagi tadi, kata Pusat Seimologi Iran.

Pusat gempa itu yang pada awalnya dicatatkan berukuran 6.0 oleh Pusat Seismologi Eropah, Mediterranean (EMSC), terletak 83 kilometer di barat daya Ardabil, pada kedalaman 10 kilometer. - AFP

Berita Harian X